Tak Rugi Sesen pun..Cubalah Mana Tau leh Dapat...

Monday, July 17, 2006
Meh kongsi meh.... Betui ka tak???

Message: Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga
mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah
sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu
lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA.

Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan
semata-mata....


Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut
akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta
suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya
jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab
serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang,
kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti,setia, adil,bertanggungjawab,tidak
cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis
tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap,
banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh,
pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati
janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya

Posted at 7/17/2006 10:39:01 am by SNizan

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Home Next Entry
Google
Web nizan.blogdrive.com
   






dinet FM

Lepak FM

KissRadio FM

Voice FM

EastWest FM

GCC FM

Suria FM

Nasyid FM


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed