** BETUL ATAU KEBETULAN......**
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang
tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan
yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai
orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap
serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan,
dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.
Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah
persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan
dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya
yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati
olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar
dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia
bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya
agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir
pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan
hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur
& ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan
pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul
dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali
tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang
mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak
suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada
orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya
masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap
keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi
dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang
berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu
selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh
pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar
pasangan.
6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran
dan keadilan merupakan sifat yang
membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada
orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia
tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah
sekali terpengaruh dan ingin mencapai
sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi
masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu
dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut
& bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari
teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana
yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan
yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi
dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah
dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam
pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu
dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat
setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.
Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap
orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada
dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan
wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah
pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang
bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah
pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia
tergolong dalam orang yang kurang serius,
bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh
pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara
yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan
dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada
pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh
kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya
dan kadangkala dia dibenci kerana
perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam
pelbagai situasi dia lebih suka erendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan
sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.