> Pendahuluan
>
> Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak
terlepas daripada
> menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi
menyebabkan hati menjadi
> runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi
individu yang berhadapan
> dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula
menjadi mangsa. Namun,
> hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang
dilakukan mestilah
> berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas
semata-mata untuk
> mendapat keredhaan Allah.
>
> Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup.
> Antaranya ialah :
>
> 1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
>
> Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan
> pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.
Para pelajar misalnya,
> disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji
pelajaran agar apa
> yang dibaca akan mudah diingati.
>
> 2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
>
> Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu
> ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas
solat lima waktu dan
> waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu,
jadikanlah Al-Quran sebagai
> teman paling akrab pada sepanjang waktu.
>
>
>
> 3) Banyakkan Solat Sunat
>
> Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari.
> Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat
taubat, solat sunat
> tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita
bangun pada sepertiga
> malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan
dan kekuatan daripada
> Allah.
>
> 4)Selalu berdoa kepada Allah
>
> Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa
> hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan.
Waktu-waktu mustajab
> berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh,
malam hari raya,
> ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa
setiap hamba-Nya yang
> benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang
> bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah
berusaha supaya
> mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
>
> 5)Bersangka baik dengan Allah
>
> Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup.
> Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji
keimanan kita sebagai
> hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan
janganlah menyalahkan-Nya
> jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik
> kejadian itu.
>
> 6)Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
>
> Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala
> tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan
aktiviti-aktiviti luar yang dapat
> menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih
menggembirakan jika kita
> meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah
> erat dan kukuh.
>
> 7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
>
> Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor
> tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah
mengamalkan diet
> dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan
kegemukan dan
> menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi,
kencing manis.
>
> 8)Menangis dengan sepuas hati
>
> Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati
> kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai
kertas. Sikap cuba
> menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana.
"Luaran lain hati lain"
> ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak
> menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama
rakan-rakan tetapi
> dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di
tempat kerja.
>
> 9)Hargai kebolehan diri sendiri
>
> Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri,
> maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan
yang disuruh oleh
> pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja
yang disuruh dengan
> mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah,
kita mesti menghargai
> kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
>
> 10) Cintai diri sendiri
>
> "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud
> sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri
sendiri terlebih dahulu
> berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama
dalam pekerjaan perlu
> dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita
> dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya,
tekanan kerja
> bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih
dan kesabaran yang
> tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami
pastinya akan dapat
> diselesaikan dengan jayanya
>
>
>