"Andainya wanita tahu..
1. Lelaki juga boleh jadi seorang yang sensitif dan mengambil berat
(prihatin)
2. Jika seorang lelaki meminati wanita, wanita itu
tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah
lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada
dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu banyak yang boleh dibualkan atau
dikongsi bersama.
3. Kebanyakkan lelaki sebenarnya tidak
mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4.
Lelaki boleh terima penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan
sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita..
6. Lelaki memang
dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka
melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch atau mencuci mata di tepi
pantai atau di swimming pool.
7. Kebanyakkan lelaki resah apabila
berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8.
Lelaki cuba meniru gaya celebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat
hati wanita.
9. Bila lelaki cakap.."Emm...tengoklah dulu.." itu
seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju..
10.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin
bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Kebanyakkan lelaki yang nampak 'desperate' datang dari
sekolah all boys!
12. Adalah biasa lelaki cemburu terutama
apabila wanita asyik menyebut nama lelaki lain je..
13. Lelaki tak boleh
belajar kesemuanya pasal wanita dari library atau buku semata-mata. Oleh itu
mereka selalu keliru dengan sikap wanita dan tak faham kenapa wanita bersikap
begitu begini...Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana
berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dengan baik.
14.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo atau 'flirting' dengan ramai
wanita...dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain
hanya kawan :-)
15.Bila seorang lelaki tertengok
dada wanita dan wanita itu menyedarinya...maafkanlah saja. Kebanyakkan lelaki
tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah..!
(tapi
jangan plak lelaki sengaja menyentuh dada wanita ...yang tu balun jer..takder
kesian punyer..)
16. Bila sesuatu perhubungan terputus
di tengah jalan, lelaki juga merasa sedih cuma dia tak tunjukkan kesedihannya di
hadapan orang.
17. Bila seseorang wanita
meminati seorang lelaki, wanita itu patut bagi 'hint'. Mana tau lelaki itu juga
menaruh minat. Senang usahanya nanti..
(hehe...mcm pernah buat..kat mana
ek??)
18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya
menolong wanita.
19. Kebanyakkan lelaki akan cukup lemah dengan air mata
wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari wanita yang
dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata wanita.
20. Lelaki
bukanlah sempurna 100% walaubagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
Wanita janganlah mengharapkan sesuatu yang hebat dari lelaki!
Mereka
juga normal dan mempunyai kelemahan!
Posted at 7/19/2006 3:51:07 pm by
SNizan